KOTA KINABALU: Kerjasama kerajaan negeri bersama pengamal media di negeri ini dilihat suatu usaha berterusan membawa pembangunan kepada Sabah.
Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM), Datin Lucy Irene Yong berkata, liputan meluas media samaada media cetak, elektronik atau portal memberi makna dalam aspek membolehkan rakyat umum mengetahui dan memahami objektif dan pencapaian selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Sejurus Hajiji memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri
Sabah, beliau bersetuju penjenamaan Pejabat Akhbar dan Penerbitan, JKM kepada Pejabat Media dan Komunikasi selaras dengan tuntutan keperluan semasa agar pejabat itu lebih berpandangan kehadapan.
“Pejabat Media dan Komunikasi JKM menjadi ‘focal point’ dalam memastikan segala laporan berkaitan kerajaan negeri dan Ketua Menteri dihebahkan bukan sahaja cepat tetapi tepat.
“Saya amat berterima kasih atas kerjasama dan persefahaman yang wujud diantara pengamal media dan Pejabat Media dan Komunikasi selama ini, dan berharap ini akan beterusan,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengahari sempena Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri bersama Media, di sini, hari ini.
Kira-kira 200 pengamal media diraikan
dalam majlis anjuran Pejabat Media dan Komunikasi JKM berkenaan.

Dalam pada itu, Lucy turut menyatakan pihaknya mempunyai pasukan yang terbaik dan meneruskan jalin kerjasama bersama rakan-rakan media Sabah sebagai pemudah cara dalam komunikasi.
“Sebagai pemudah cara kepada pengamal dan organisasi media dalam memberi liputan dan publisiti kepada kerajaan negeri terutamanya, Ketua Menteri, pejabat saya akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakan- rakan media untuk kebaikan bersama,” katanya. – Info X