KOTA KINABALU: Beberapa suspek yang dikenal pasti terbabit dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan didakwa dalam masa terdekat.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan keterangan dalam siasatan kes kematian pelajar berkenaan.
“Jabatan Peguam Negara telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek yang terlibat dalam kes bull Zara Qairina berdasarkan keterangan yang ada.
“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan.
“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan bull dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” katanya.
Inkues kes itu dijadual dijalankan bermula 3 September depan. – Info X