KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kini mengambil alih jawatan Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED).
Bekas pengerusinya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyerahkan tugas itu kepada Ketua Menteri dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Kinabalu pada Selasa.
Majlis itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh dan Setiausaha Tetap Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.
Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew dan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Philemon Lajawai. – Info X
