TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena sambutan Aidiladha di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini, pada Rabu.
Beliau bersama Ahli Parlimen Tuaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Madius Tangau; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin.

Terdahulu, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusup, di sini, bersama penduduk dari sekitar kampung berkenaan.
Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha. – Info X