KOTA KINABALU: Ratusan penumpang AirAsia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan gangguan sistem daftar masuk yang menyebabkan proses daftar masuk penumpang tergendala.
Gangguan terhadap sistem tempahan dan daftar masuk AirAsia itu disahkan syarikat penerbangan berkenaan yang dikatakan berpunca daripada gangguan IT global.

Berdasarkan kenyataan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), gangguan IT global itu menjejaskan pengguna Microsoft dan memberi kesan kepada sektor kritikal seperti saluran televisyen, lapangan terbang dan bank. – Info X
