Search

‘Kupi Kupi Bola’ di Kokol meriah, kira-kira 40 kanak-kanak menyertainya

March 10, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai kira-kira 40 murid sekolah dari sekitar Kampung Kokol, Manggatal, di sini, menyertai klinik bola sepak ‘Kupi Kupi Bola’ yang dianjurkan KUPIKUPI FM dengan kerjasama Sport Visitor.

Klinik bola sepak yang dikendalikan barisan jurulatih daripada Sport Visitor dengan kelayakan kejurulatihan daripada Kedutaan Amerika Syarikat itu berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kokol bermula jam 7.30 hinggal 10 pagi.

Program berkenaan merupakan salah satu Operasi Kerja Komuniti 96.3fm dengan bertemakan dengan tagline “Mesti Padu, Baru Radu”.

Pengurus Besar KUPIKUPI FM Sabah dan Sarawak, Lester Calvin Miol berkata, klinik bola sepak berkenaan adalah yang pertama dianjurkan KUPIKUPI FM dan ianya akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

“Klinik ini akan diteruskan pada masa akan datang, jadi para penggemar bola sepak khususnya kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, nantikan (klinik bola sepak) yang akan kita umumkan nanti.

“Saya juga gembira klinik bola sepak ini mendapat sambutan luar biasa…terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk F&N yang telah menaja minuman 100 plus,” katanya. – Info X