Search

Kupikupifm jalin kerjasama dengan radio berpangkalan di Moscow

April 17, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Stesen radio popular Kupikupifm mencipta satu lagi sejarah apabila menjalinkan kerjasama rasmi dengan Orpheus Radio yang berpangkalan di Moscow, Rusia.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua stesen radio berkenaan bakal berkongsi seni muzik, tradisi dan budaya masing-masing.

pengasas dan pengarah bersama OOGA X Fui K Soong berkata, ia merupakan satu langkah besar Kupikupifm dalam menjalin hubungan budaya.

“Menerusi MOU ini, muzik dan budaya menjadi jambatan antara dua dunia. Bayangkan, bunyi alat tradisi Rusia dipadukan dengan irama tempatan kita, lagu-lagu kita dimainkan dalam orkestra, dan pentas mini dihiasi dengan persembahan dari hati di Russian House oleh ‘urang kita’, dan di Kedutaan Malaysia pula, suara Rusia menyanyikan lagu-lagu tempatan kita.

“Lebih mengujakan, rock opera dan jazz akan menjadi pentas kolaborasi hebat antara dua negara. Ini baru permulaan dimana muzik menyatukan dan memperkasakan budaya,” katanya. – Info X