Search

Lelaki cedera kereta terbabas, terbakar

April 1, 2024

Info X Reporters

PITAS: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya terbabas ke parit sebelum terbakar di Jalan Kabatasan, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun mangsa Moringoh Rumunsak hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.45 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Marcellius Junus tiba di bersama empat anggota untuk operasi menyelamat.

“Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga terbabas dan terbakar sepenuhnya.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh awam awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan mangsa hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemadaman menggunakan satu aliran dari sumber air jentera.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 8 pagi,” katanya. – Info X