Search

Lelaki dikhuatiri lemas selepas mencari siput

February 6, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mencari siput di kawasan pantai, Kampung Kebagu, Manggatal, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Marwah Jamiri, dikatakan keluar ke kawasan pantai berkenaan bersama bapa mertua dan seorang rakannya, kira-kira jam 8 malam.

Bagaimanapun, ketika hendak pulang kira-kira jam 9.30 malam, mangsa disedari hilang dan usaha mencari yang dijalankan ahli keluarga juga gagal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan lterus dikerah ke lokasi kejadian.

Anggota bomba bersama penduduk kampung melakukan pencarian di sekitar pantai Kampung Kebagu, Manggatal, Kota Kinabalu.

“Pasukan operasi berada dilokasi untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X