Search

LELAKI DITAHAN, DIESEL BERNILAI RM183,025 DIRAMPAS

May 19, 2022

admin

TAWAU: Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dikesan cuba menyeludup diesel bernilai RM183,025, di sebuah stesen minyak di Taman Sawit, Balung, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Empat Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata,
lelaki berusia 38 tahun berkenaan berjaya ditahan selepas dikesan sedang mengisi minyak diesel menggunakan lori tangki 10 tan yang sudah diubahsuai.

“Pemeriksaan mendapati tangki kenderaan itu telah diubahsuai untuk menyimpan diesel dipercayai bagi tujuan penyeludupan.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM183,025 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau dan diserahkan kepada KPDNHEP untuk siasatan lanjut, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ridzauddin berkata, PPM menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihaknya. – Info X