TENOM: Lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, ditemui mati lemas, hari ini.
Mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, ditemui dalam keadaan terapung pada jam 1.30 tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, mayat mangsa berjaya ditemui orang kampung bersama pasukan bomba dan agensi lain yang terbabit dalam operasi mencari.
Katanya, mayat mangsa ditemui di kawasan sungai kira-kira 6 kilometer dari mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.
“Operasi kemudiannya ditamatkan sejurus selepas itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Info X