Search

Lelaki maut kereta terbabas ke dalam parit

December 2, 2024

Info X Reporters

TUARAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Kindu Tenghilan, Kampung Munsung, di sini, pagi tadi.

Mangsa Saiful Suhaimi, 39, beralamat di Kampung Serusup, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya, kira-kira jam 11.30 pagi.

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebaik dikeluarkan dari kereta dalam kemalangan di Tuaran. – Foto/Bomba

“Setiba pasukan bomba di tempat kejadian, didapati sebuah kereta jenis Proton Saga lama telah terbabas sendiri dan masuk ke dalam parit.

“Dilaporkan terdapat seorang mangsa tersepit dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas di Jalan Kindu Tenghilang, Kampung Munsung, Tuaran. – Foto/Bomba

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari,” katanya. – Info X