BELURAN: Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai tersepit dalam mesin pengisar ‘conveyer’ sawit di sebuah kilang minyak kelapa sawit, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Bloren Juplish, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sejauh 98 kilometer dari balai.
“Mangsa sudah dikeluarkan oleh pekerja kilang dengan bantuan anggota polis sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Beluran untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.32 pagi. – Info X