TUARAN: Seorang lelaki parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Berunggis, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian jam 2.07 petang itu membabitkan sebuah lori lima tan yang dan lori tangki.
“Seorang mangsa tersepit selepas lori lima tan terbabit merempuh bahagian belakang lori tangki.
“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya.
Beliau berkata, mangsa berusia 42 tahun yang berjaya dikeluarkan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Katanya, operasi keseluruhan kemudian ditamatkan jam 2.42 petang. – Info X