Search

Lelaki tidak sedarkan diri dalam kenderaan di pusat beli belah

June 27, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Perodua Myvi di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Lintas, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 30 tahun disedari berada di dalam kereta itu pada jam 12.30 tengah hari sebelum orang awam melaporkan kejadian kepada pihak bomba.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, sepasukan pegawai bersama jentera pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas (resue tools),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke HQEI untuk tindakan lanjut. – Foto/Bomba

Menurutnya, mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya di hantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Selepas memastikan keadaan lokasi bebas dari unsur bahaya, operasi ditamatkan jam 1.05 petang,” katanya. – Info X