TAWAU: Padah menunjukkan kemaluan dengan membuat panggilan video melalui telefon terhadap seorang wanita, seorang lelaki dihukum penjara setahun di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh, Raziman Ibrahim, 35, mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Menurut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor di Kampung Tanjung Batu Keramat kira-kira jam 3 petang pada 19 Ogos lepas.
Tertuduh telah menunjukkan kemaluan dengan membuat panggilan video melalui telefon kepada pengadu yang berusia 38 tahun dengan niat melakukan perbuatan lucah.
Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut kesalahan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.
Jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh dihukum penjara mula tarikh tangkap.
Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, ASP Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Info X