KOTA KINABALU: Ooga X, hari ini, mengumumkan Lester Calvin Miol sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu yang baharu, berkuatkuasa 1 Oktober ini.
Lester merupakan Pengurus Besar KUPIKUPIFM Sabah iaitu salah satu syarikat di bawah Ooga X selain City Plus, KUPIKUPIFM Sarawak dan Info X.
“Sukacitanya kami mengumumkan satu perkembangan penting dalam pasukan pengurusan Ooga X, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk mengukuhkan organisasi serta memacu perkembangan syarikat ini di masa hadapan.
“Pelantikan ini menandakan satu detik penting bagi syarikat kami. Lester membawa bersama pengalaman yang luas, kepimpinan yang mantap serta komitmen mendalam terhadap misi serta visi kami.
“Kami yakin menerusi kepimpinan beliau, kami akan terus cipta kecemerlangan, memupuk inovasi serta mempercepat kemajuan ke arah kejayaan jangka panjang,” kata Pengarah bersama Ooga X, Rita Sim dan Fui K Soong dalam kenyataan, hari ini. – Info X