Search

Liga Juara-Juara Wanita AFC: Ketua Menteri ajak peminat bola sepak beri sokongan padu kepada Sumandak Sabah

August 28, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak peminat bola sepak dan orang ramai untuk menyaksikan perlawanan pusingan awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) yang membabitkan pasukan Sabah FA di Stadium Likas, malam ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook beliau, Hajiji mahu orang ramai memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak wanita Sabah FA yang mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa itu.

“Malam ini merupakan perlawanan pertama Sumandak-Sumandak Sabah dalam kejohanan AFC Women’s Champions League di Stadium Likas.

“Pasukan wanita Sabah merupakan wakil Malaysia dalam kejohanan ini dimana tergolong dalam 20 pasukan terbaik Asia.

“Ayuh kita ramai-ramai turun ke Stadium Likas Dan memberi sokongan padu kepada mereka menentang APF FC Dari Nepal!,” katanya.

Pasukan Sabah berdepan APF FC dari Nepal yang dijadual bermula pada jam 8 malam ini sebelum menentang pasukan dari Uzbekistan pada Sabtu ini. – Info X