KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri berikutan prestasi kewangannya pada tahun lalu.
Sumbangan agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah itu meningkat 33 peratus berbanding RM1.5 juta yang disumbangkan kepada kerajaan negeri pada tahun lalu.
Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya ketika mengadakan kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Selasa.
Sabdil, berkata sumbangan itu adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS yang baik pada 2023 dan manifestasi semangat LIGS untuk berkongsi hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya, hari ini.
Aris yang sebelum ini bertugas sebagai salah seorang Direktor Badan Pembinaan Ideologi Pancasila Republik Indonesia (The Pancasila Ideology Development Agency) menggantikan Ibu Heni Hamidah. – Info X