Search

Lima rumah terbakar di Kuala Penyu

November 24, 2023

Info X Reporters

Kuala Penyu: Lima rumah musnah dalam kebakaran Kampung Seberang, Menumbok, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.05 pagi.

Katanya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu termasuk bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan lima rumah terletak bersebelahan.

“Kebakaran dapat dikawal pada 12.02 tengah hari dan tiga rumah musnah 100 peratus manakala dua rumah musnah 10 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Lima rumah terbakar di Kampung Seberang, Menumbok, Kuala Penyu. – Foto/Bomba

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Operasi ditamatkan pada 5.41 petang,” katanya. – Info X