Search

LORI BAWA 10 RAN PASIR MUSNAH TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT

April 18, 2022

admin

KOTA BELUD: Seorang pemandu lori membawa 10 tan pasir menempuh detik cemas apabila kenderaan dipandunya iru tiba-tiba terbakar di Jalan Tenghilan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan apabila sempat keluar daripada lori terbabit yang sedang terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir.

“Operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan dua aliran dari sumber air dari tangki jentera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kenderaan berkenaan musnah sepenuhnya namun tiada mangsa atau kecederaan yang dilaporkan.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya berjaya mengawal api kebakaran pada jam 1.30 petang. – Info X