KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor memaklumkan pelancaran gabungan berkenaan bakal berlangsung Sabtu ini.
Hajiji menyatakan perancangan asal pelancaran itu sepatutnya berlangsung 26 Mei (esok) namun ia ditunda kepada tarikh baharu kerana mengikut kesesuaian masa.
“Kita sudah tundakan kepada 28 hari bulan, hari Sabtu.
“Tiada sebab ia ditunda, cuma kita tengok masa yang lebih sesuai dengan pelancaran,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu, di sini, hari ini.
Hajiji berkata demikian sewaktu ditanya mengenai Majlis Pelancaran GRS yang sepatutnya berlangsung esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) seperti yang dimaklumkan sebelum ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS di Menara Kinabalu awal bulan ini. – Info X