Search

Mangsa kebakaran Kampung Likas terima sumbangan Wanita Gagasan Rakyat

March 27, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai 17 keluarga mangsa kebakaran Kampung Muhibbah, Likas, di sini menerima sumbangan daripada pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, semalam.

Sumbangan wang tunai itu disampaikan Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda ketika melawat mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Kampung Likas.

Kebakaran pada kira-kira jam 3 pagi, 24 Mac lalu itu memusnahkan 10 rumah yang dihuni seramai 17 keluarga.

Musibah itu menyebabkan 64 mangsa tinggal sehelai sepinggang dan kini terpaksa ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Likas yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Redonah (bertudung putih) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Likas.

Ketika kejadian, kebanyakan mangsa sedang menyiapkan juadah untuk bersahur sebelum bergegas menyelamatkan diri selepas menyedari berlaku kebakaran. – Info X