Search

MARAH DISAMAN, PEMANDU JENTOLAK REMPUH KENDERAAN JPJ

June 30, 2022

admin

KOTA KINABALU: Seorang pemandu jentera jentolak bertindak di luar kawalan apabila merempuh kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga remuk dalam kejadian di Jalan Kepayan, Kampung Magatang, Keningau, hari ini.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial bagaimanapun memapar anggota dan pegawai yang terlibat terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandu bertindak demikian selepas disaman oleh anggota JPJ kerana dipercayai tidak memiliki lesen memandu kelas F.

Info-X akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung punca sebenar kejadian. – Info X