Search

Mayat hampir reput ditemui

August 15, 2023

Info X Reporters

LABUAN: Mayat lelaki hampir reput ditemui dalam bilik tidur di sebuah rumah di Taman Ensu, di sini, petang semalam.

Mayat mangsa berusia 43 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap, kira-kira jam 4.30 petang.

Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, hasil siasatan mangsa mempunyai sejarah sakit darah tinggi dan gout.

“Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian oleh pasukan polis.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Sepasukan bomba turut berada di lokasi kejadian bagi membantu membuka pintu rumah berkenaan yang terkunci dari dalam. – Info X