Search

Mayat lelaki tergantung di dahan pokok

April 4, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan lereng bukit, menghala ke Kampung Kibagu, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 20 tahun itu ditemui pada jam 1.20 tengah hari dalam keadaan tergantung dengan tali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bantuan mengangkat mayat yang tergantung di atas pokok di kawasan lereng bukit.

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang lelaki tergantung di dahan sebatang pokok.

“Anggota bertugas mengambil masa kira-kira sejam untuk menurunkan mangsa menggunakan tali penyelamat dengan kaedah sistem takal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 2.55 petang hari ini. – Info X