Search

Mayat wanita terbaring di katil dalam rumah terkunci

September 22, 2023

Info X Reporters

PENAMPANG: Mayat seorang wanita warga emas ditemui oleh pasukan bomba selepas membuka pintu rumah yang terkunci di Taman Suria, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 82 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil oleh pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pintu rumah terkunci jam 6.49 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama jentera digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi itu, pasukan bomba menggunakan peralatan khas.

“Sebaik pintu berjaya dibuka, terdapat seorang penghuni berada di dalam rumah dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada 7.23 malam,” katanya. – Info X