Search

MUDA SABAH : BAHAS, LAKSANA SEGERA RUU ANTI LOMPAT PARTI DI SABAH

February 28, 2023

admin

KOTA KINABALU: Muda Sabah menggesa kerajaan negeri supaya membahas dan melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Sabah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang.

Pengerusinya Amos Thien berkata, isu lompat parti itu telah menjadi suatu kebiasaan dan kini dijadikan sebagai satu budaya oleh wakil-wakil rakyat dan pemimpin di Sabah, yang mana ia memberi impak serta imej negatif terhadap negeri ini dan rakyatnya.

“Rakyat ketika ini, mulai muak dan kecewa akan tindakan oleh sesetengah wakil rakyat yang melompat parti ini.

“Muda Sabah mengesa kepada semua generasi muda untuk tidak menyokong serta tidak mengikuti budaya sebegini.

“Parti politik yang lain harus memilih calon wakil rakyat dengan baik untukbmengelakkan individu tersebut melompat parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Amos berkata, kerajaan Sabah harus mempertimbangkan peruntukan kewangan ADUN yang sama rata bagi mengurangkan ketidakstabilan serta pergolakan politik.

Katanya, rakyat Sabah berhak untuk melihat dan menikmati suasana politik yang stabil bagi perkembangan ekonomi yang lebih baik dan bukannya dihukum kerana atas dasar pilihan individu sewaktu pilihan raya.

“Justeru, MUDA SABAH mengesa kepada semua parti politik untuk sama-sama menghargai semangat Malaysia Madani.

“Ketidakstabilan politik hanya akan menimbulkan keburukan dan tidak memberi kebaikan serta faedah kepada rakyat. Ini masanya untuk bekerja,” katanya. – Info X