Search

Nicholas selamat, Rezlo masih hilang

August 9, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang daripada dua remaja yang dilaporkan hilang di Kampung Buit, Putatan, semalam ditemui semula.

Remaja terbabit Nicholas Chee Ping, 13, kembali sendiri ke rumah keluarganya pada jam 9.25 malam semalam.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sebentar tadi, Nicholas dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Nicholas pulang ke rumah selepas seminggu berada di rumah rakannya.

“Nicholas hanya menghubungi keluarga apabila hebahan kanak-kanak hilang dimuat naik di Facebook selepas keluarganya membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, masih belum pulang.

Rezlo masih belum pulang ke pangkuan keluarga.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Chee Yue Piew di talian 016-6668586.

Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222.

Semalam, IPD Penampang memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja terbabit yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan. – Info X