Search

Nyaris maut, kereta dirempuh kereta api

June 14, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dua lelaki melalui detik cemas selepas kereta Perodua Rusa dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta api di, Kinarut, hari ini.

Satu rakaman video tular menunjukkan dua lelaki terbabit yang menaiki kenderaan berkenaan melalui lintasan kereta api di kawasan berkenaan.

Ketika kenderaan itu yang sedang bergerak dan berada di tengah landasan, tiba-tiba kereta api melanggar kenderaan terbabit.

Bagaimanapun dua individu yang berada dalam kenderaan itu dilihat sempat keluar menerusi pintu penumpang hadapan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deput Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 6.01 petang berkenaan.

Katanya, mangsa terselamat selepas sempat keluar dari kenderaan berkenaan.

Sementara itu, video kejadian itu yang tular mengundang persoalan di kalangan netizen kerana mereka mendakwa palang penghadang tidak diturunkan selain lampu isyarat didakwa tidak berfungsi ketika kejadian itu.

Malah, netizen turut mempersoalkan kenapa tiada pengawal kerana terdapat pondok pengawal di tempat kejadian. – Info X