Search

‘P Ramlee’ Sabah meninggal dunia

September 8, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Penyanyi, Fairuz Misran yang lebih dikenali sebagai P Ramlee Sabah kerana wajah dan gayanya yang hampir sama dengan seniman agung itu dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh abang allahyarham, Ruzaidi Misran menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

“Innalillahiwainnahirojiun…Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-fatihah buat allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Info X masih cuba untuk mendapatkan maklum lanjut tentang berita pemergian Fairuz.