KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Perkara itu dimakumkan menantunya, Khairy Jamaluddin, dalam hantaran di media sosial, malam ini.
Menurutnya, Abdullah meninggal dunia pada 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kesihatan Abdullah, yang mengalami demensia merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah beliau tidak lagi dapat mengingati nama dan wajah ahli keluarganya.
Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah menjadi perdana menteri kelima pada 2003 selepas tamat penggal Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun. – Info X