KOTA KINABALU: Acara pameran kereta Cars and Urban Lifestyle Trends (CULT) Sabah bakal kembali diadakan pada 10 hingga 12 November dan kali ini, ia dijangka menarik lebih ramai pengunjung.
Selepas lebih 600 kenderaan tersuai (custom vehicles) dipamerkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, tahun lalu, venue berkenaan sekali lagi akan digunakan untuk pameran
Pameran kereta CULT pertama itu disambut dengan semangat luar biasa menunjukkan bahawa budaya kereta di Sabah masih hidup dan bersemangat.
Meskipun pelbagai cabaran dihadapi pasukan penganjur, termasuk selepas pandemik Covid-19 yang melanda dua tahun sebelumnya, pameran kereta terbesar Borneo berkenaan akhirnya berjaya diadakan pada 7 hingga 9 Oktober tahun lalu dengan lebih 20,000 pengunjung hadir.

Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dalam kenyataannya sempena acara itu semalam berkata, beliau percaya dengan kerjasama dan sokongan dari rakan antarabangsa serta media, acara berkenaan sekali lagi bakal berlangsung dengan jayanya.
Katanya, penganjuran CULT 2023 juga bakal memberi impak kepada industri pelancongan di Sabah.
Acara berkenaan juga bakal menerima penyertaan daripada luar negara termasuk dari Thailand, Singapura dan Indonesia.
“Pelancongan sentiasa salah satu industri terbesar di dunia dan ekonomi banyak negara didorong, sebahagian besarnya, oleh pelancong mereka perdagangan.
“Ia (pelancongan) juga sangat meluas meliputi pelbagai industri termsuk perhotelan, pengangkutan dan beberapa lagi industri lain atau sektor.
“Saya difahamkan bahawa CULT adalah acara bagi meraikan kereta dan gaya hidup, fesyen, interaksi sosial, aktiviti, sukan permotoran, pengubahsuaian, pemulihan, koleksi dan banyak lagi yang ditakrifkan sebagai kereta budaya.
“Acara ini membabitkan pelbagai komuniti peminat kereta dan akan menggalakkan persahabatan serta menjaga dan menghormati antara satu sama lain…Ia satu keunikan,” katanya. – Info X