Search

PAS SABAH AKAN BERTANDING PADA PRU15

May 18, 2022

admin

KOTA KINABALU: Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan menyatakan bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

Beliau mengesahkan terbabit ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya Kota Kinabalu bagi menjayakan Program Ziarah Sekolah Sempena Hari Guru sekitar kawasan Sepanggar, di sini, hari ini.

“Ya insyaallah. Saya akan bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya ringkas.

Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, Pas Sabah kini berada diperingkat akhir untuk menentukan calon yang bakal bertanding kelak.

Kita meletakkan calon-calon dalam kalangan mereka yang profesional dan berpendidikan.

“Sebahagiannya adalah golongan anak muda,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai harapan Pas Sabah pada PRU 15, beliau menyatakan pihaknya yakin akan diberikan kerusi selain mampu memenangi kawasan yang akan ditandingi dalam PRU15.

“Gerak kerja kita sudah mula laksanakan termasuklah turun kepada masyarakat.

“Kita meletakkan sasaran yang Pas Sabah akan bertanding pada PRU15 walaupun belum mengumumkan kerusi yang ingin ditandingi,” katanya.

Sementara itu, mengulas berkaitan status Pas Sabah di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aliakbar memaklumkan pihaknya masih berpegang kepada perjanjian persefahaman yang sudah ditandatangani pada tahun 2020 dan setakat ini, tiada sebarang perubahan dimaklumkan kepada pihaknya. – Info X