Search

Pelajar IPT Sabah dapat subsidi tiket penerbangan RM600 seorang

March 25, 2024

Info X Reporters

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Beliau mengumumkan bantuan itu ketika lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi IPT Sabah di Semenanjung, di sini, hari ini.

Katanya, bantuan khas ‘one off’ sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan ‘one off’ itu akan diberi secara terus kepada pelajar yang berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkaitan.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya. – Info X