Search

Pemandu maut kereta hilang kawalan ketika acara drag

December 14, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang pemandu drag maut ketika menyertai acara ‘Sandakan Drag Battle R3 2024’, hari ini.

Mangsa Abang Adib Haji Abang Ali, disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dipandu terbabit kemalangan.

Difahamkan, mangsa adalah Team Prostreet KB dari Brunei.

Sementara itu, RCO Motorsport Club dalam kenyataan rasmi hari ini memberitahu penganjuran Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 yang sepatutnya berlangsung esok terpaksa dibatalkan di atas kejadian yang berlaku.

“Kami memohon maaf di atas pembatalan acara ini dan kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda.

“Pihak kami sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat bertemu anda pada acara yang akan datang.

“Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku pada hari ini. Semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Insiden itu turut tular selepas rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan berpusing beberapa kali.

Rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang menimpa pemandu drag berkenaan. – Info X