PAPAR: Seorang pemandu sempat menyelamatkan diri selepas kereta dipandu terbabas lalu terbakar di Jalan Kimanis, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.40 malam.
Katanya, seramai lapan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 22 kilometer dari balai bomba.
“Lapor kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbakar sepenuhnya.
“Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, pemandu selamat dan operasi ditamatkan pada jam 11.10 malam. – Info X