Search

Pemandu selamat, kereta terjunam dalam parit

January 18, 2024

Info X Reporters

KUDAT: Seorang pemandu terselamat walaupun kereta dipandunya terjunam masuk ke dalam parit dalam kemalangan di Jalan Tamalang, di sini, hari ini.

Mangsa lelaki berusia 42 tahun yang cedera dikeluarkan oleh awam awam sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergegas ke lokasi sejauh 13 kilometer bagi menjalankan operasi menyelamat, sebaik menerima panggilan jam 11.25 pagi.

Anggota bomba memeriksa sekitar kawasan kemalangan bagi memastikan tiada bahaya lain. – Foto/Bomba

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam parit.

“Terdapat seorang mangsa terbabit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kudat menggunakan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan Bomba bertindak menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kemalangan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum menamatkan keseluruhan operasi pada jam 12.15 tengah hari,” katanya. – Info X