KOTA KINABALU: Program Singgah Sahur Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat singgah mengagihkan makanan sahur untuk petugas kesihatan dan ahli keluarga pesakit di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, malam tadi.
Program itu dijayakan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang turut menyantuni anggota barisan hadapan dan orang ramai yang berada di hospital itu.

Turut hadir pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim dan Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Martin Idang bersama ahli pemuda dan beliawanis Gagasan Rakyat. – Info X