Search

Pengarang Urusan Info X antara pengamal media terima pingat sempena Hari Jadi TYT

March 29, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pengarang Urusan Info X, Willie Jude Junaidi antara pengamal media yang tersenarai sebagai penerima pingat dan darjah kebesaran Sabah sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75, Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman, esok.

Willie merupakan antara 117 penerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Selain itu, Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu, Jimmy Goh menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil juga antara yang menerima pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) bersama Penolong Ketua Wartawan yang juga Wartawan Sukan The Borneo Post Lester Bingkasan.

Turut menerima ADK adalah wartawan RTM Azlinah Nineng dan penyampai radio stesen Sabah fm Emran @ Azmi Rosle.

Selain itu, wartawan senior Daily Express, Joan Mool menerima pingat Bintang Setia Kinabalu (BSK). – Info X