Search

Pengetua, PK HEM dan Warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempat sementara di JPN sehingga siasatan selesai

August 13, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

KPM dalam satu kenyataan, pagi ini, berkata, keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarhamah Zara Qairina.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” kata kenyataan itu. – Info X