KOTA KINABALU: Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah akan ditempatkan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli belah sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan sepanjang musim perayaan Hari Raya Puasa 2023.
Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari.
Selain itu, katanya ia bagi memastikan keberadaan bekalannya di pasaran mencukupi, mudah didapati dan jual pada harga yang ditetapkan.
“Pada masa yang sama, penguatkuasaan secara berhemah juga dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran kepada peniaga.
“Ini bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa dan mengamalkan peniagaan yang beretika,” katanya ketika pelancaran dan
walkabout sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)
Hari Raya Puasa 2023 peringkat negeri di Pasaraya Servay Putatan, di sini, hari ini.

walkabout sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)
Hari Raya Puasa 2023 peringkat negeri di Pasaraya Servay Putatan. – KPDN
Pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa tahun ini bermula pada 15 April hingga 30 April 2023 dan tempoh pelaksanaannya adalah selama 16 hari iaitu, tujuh hari sebelum
perayaan, dua hari ketika perayaan dan tujuh hari selepas perayaan.
Pada masa yang sama, ayam dan telur sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum ayam dan telur ayam (PHMAT).
Sementara itu, Georgie berkata, berdasarkan statistik pemeriksaan di bawah SHMMP Hari Raya
Puasa 2023 Sabah yang bermula pada 15 April 2023, setakat ini sebanyak 244 premis diperiksa di seluruh Sabah dan tiada tindakan kes dihasilkan.
“Manakala bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2023 yang lalu sebanyak 1292 pemeriksaan dijalankan dan sebanyak satu kes dihasilkan mengikut kesalahan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 dengan nilai rampasan sebanyak RM35 dan
nilai kompaun sebanyak RM100.
“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim ini,” ujarnya. – Info X