Search

Penumpang Airbus A320 yang terkandas dijangka sambung penerbangan malam ini

March 23, 2023

admin

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Sebuah pesawat dijangka tiba, di sini, hari ini, untuk mengambil penumpang serta anak kapal yang terkandas selepas pesawat Airbus A320 milik Cebu Pacific dinaiki mereka terpaksa membuat pendaratan cemas, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), semalam.

Sumber berkata, kesemua penumpang dan anak kapal terbabit kini berada di hotel sementara menunggu pesawat yang akan mengambil mereka tiba di KKIA.

Katanya lagi, pesawat Airbus A320 yang mengalami kerosakan itu juga masih belum boleh melakukan penerbangan kerana perlu dibaiki.

Terdahulu malam tadi, pesawat airbus A320 terbabit terpaksa melakukan pendaratan cemas di KKIA selepas dipercayai mengalami masalah enjin.

Pesawat itu berlepas dari Cebu, Filipina pada jam 7.55 malam dan dipercayai mengalami masalah enjin bahagian kiri pesawat ketika penerbangan.

Berikutan itu, juruterbang kapal kemudian membuat pendaratan di KKIA dengan selamat jam 10.22 malam.

Difahamkan pesawat berkenaan dijadualkan mendarat di Singapura tengah malam ini. – Info X