Search

Penunggang motosikal maut langgar tiang lampu

July 20, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar tiang lampu di pembahagi jalan di Jalan UMS, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.41 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 20 tahun dari arah Taman Jaya Diri menuju ke Teluk Likas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar tiang lampu.

“Akibat kejadian itu, motosikal ditunggang mangsa terbabas di atas jalan raya di lorong kanan jalan.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kasim berkata, punca kemalangan adalah gagal mengawal motosikal yang ditunggang telah melanggar tiang lampu sehingga melintang di atas jalan raya.

“Keadaan cuaca ketika kejadian hujan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Info X