KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil maklum permohonan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk semakan kehakiman berhubung isu pemberian khas
peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Sabah melihat
inisiatif SLS dari sudut positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kepentingan bersama aturan perlembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada
1963.
“Kerajaan Sabah telah, dan akan terus menerus dan bersungguh-sungguh menuntut hak
40% dan lain-lain hak serta kepentingan Sabah dengan kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
April lalu, Hajiji berkata Sabah mengalu-alukan kenaikan empat kali ganda Geran Khas
Kerajaan Persekutuan untuk Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai
tahun ini melihat ia langkah yang baik untuk pembangunan Sabah sementara Kerajaan
Negeri akan terus menuntut 40% seperti yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
– Info X