Search

Perutusan Krismas Ketua Menteri: Bersatu raikan kepelbagaian dan kepercayaan

December 23, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu rakyat di negeri ini terus bersama-sama sebagai satu masyarakat yang bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan.

Dalam masa sama juga katanya, kerajaan negeri terus komited untuk memastikan perpaduan rakyat dan kestabilan politik sentiasa kekal supaya ekonomi negeri terus mencatat pertumbuhan.

“Bersempena perayaan Krismas ini, saya berharap agar kita semua akan terus lebih komited dengan sikap toleransi dan bersatu padu.

“Dalam semangat Krismas ini juga, marilah kita meluangkan sedikit masa merenung persamaan yang selama ini menyatukan rakyat dan kekal fokus untuk mengukuhkan nilai-nilai ini,” katanya, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Krismas 2024 yang disambut pada Rabu ini.

Hajiji turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua masyarakat Kristian yang merayakannya di negeri ini. – Info X