Search

Polis buru lelaki bantu siasatan kes dadah

May 17, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan satu kes dadah yang dilaporkan di Penampang.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Eric Leon Frankey, 27, dengan alamat terakhir di Taman Sri Kepayan, di sini.

Dalam notis yang dikeluarkan JSJN Sabah, lelaki terbabit dikehendaki bersabit kes bernombor Penampang/000821/2026.

Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Siti Norsaidah Mohamad Shah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki terbabit supaya tampil membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 088-454650, 088-454222 atau terus menghubungi pegawai penyiasat di talian 012-8401695.

Maklumat juga boleh disalurkan ke mana – mana balai polis berhampiran. – Info X