RANAU: Satu video yang menyaksikan seorang lelaki diberkas sekumpulan lelaki termasuk anggota polis viral di media sosial, hari ini.
Menurut maklumat awal yang diterima Info X, kejadian yang berlaku di Kundasang itu bukan kes culik seperti yang disebarkan.
Kes itu membabitkan seorang lelaki yang cuba melarikan kenderaan milik orang lain.
Namun kebetulan terdapat kanak-kanak sekolah di dalam kereta berkenaan.
Kereta itu berjaya ditahan oleh polis peronda Balai Polis Kundasang dan orang kampung membantu polis menangkap lelaki berkenaan yang bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin ketika dihubungi mengesahkan, kejadian berkenaan.
“Bukan culik, tapi cubaan mencuri kenderaan,” katanya sambil memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kejadian itu. – Info X