SEMPORNA: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Isnin lalu.
Mangsa Gan Ka Keat dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Perigi, di sini, jam 12 tengah hari dengan memakai t-shirt lengan dan seluar pendek warna hitam, bertopi serta memakai selipar.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ahli keluarga sudah membuat laporan polis berkaitan kehilangan itu.

Katanya, maklumat yang diterima dari keluarganya, mangsa tidak mempunyai sebarang masalah dalam keluarga.
“Susulan laporan yang diterima, polis sedang mengesan dan menjejaki mangsa namun setakat ini mangsa belum ditemui.
“Orang ramai diminta menghubungi Ketua Balai Polis Semporna, Inspektor Mustapha Abdul Majid di talian 0105517617 atau Balai Polis Semporna di talian 089-782020 jika mempunyai maklumat lanjut,” katanya. – Info X