Search

Polis nafi berlaku kes culik di Beluran

December 1, 2023

Info X Reporters

BELURAN: Polis menafikan rakaman video tular yang didakwa berkaitan dengan kes culik di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) ke Sapi Nangoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, video berdurasi 18 saat itu memaparkan sebhah kenderaan cuba mengelak pemeriksaan polis.

“Ketika kejadian, kereta berkenaan telah melarikan diri menuju ke arah Kota Kinabalu semasa pemeriksaan sedang dijalankan di RCP Sapi Nangoh sebelum ditahan pihak polis.

“Suspek yang menaiki kereta berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan kemudiannya cuba melarikan diri daripada sekatan jalan ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Kasim berkata, suspek kemudian berjaya diberkas pada hari yang sama di tempat kejadian selepas suspek berpatah balik untuk menyerah diri.

“Tangkapan dilakukan kira-kira jam 5 petang itu turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Aruz berwarna hitam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya,” katanya.

Tambah beliau lagi, suspek turut disyaki mengambil dadah dan ujian saringan air kencing akan dijalankan. – Info X